Skip to main content

Penyelarasan Pencen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Senarai Pengumuman JPA

  • 16 Disember 2024

Berdasarkan pengumuman Y.A.B Perdana Menteri pada 16 Ogos 2024 berhubung Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), penyelarasan pencen turut akan diberikan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara mulai 1 Disember 2024 sejajar dengan pelarasan gaji bagi penjawat awam yang bakal dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.

FASA 1 FASA 2

Kumpulan Pengurusan Tertinggi: 4%

Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional:

♦ Gaji Akhir > RM 3,000 : 8%

♦ Gaji Akhir < RM 3,000 : RM2400

Kumpulan Pengurusan Tertinggi: 3%

Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional: 7%

 

PENGIRAAN PENYELARASAN PENCEN SSPA

 

LANGKAH 1
Pengiraan amaun gaji akhir bersamaan 2024 perlu dilakukan terlebih dahulu.
Kaedah mendapatkan gaji akhir bersamaan adalah seperti berikut:

Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional:

  • Gaji Akhir/Bersamaan + (Gaji Akhir/Bersamaan × 8%) jika, amaun Gaji Akhir/Bersamaan melebihi RM3,000 atau
  • Gaji Akhir/Bersamaan + RM240, jika Gaji Akhir/Bersamaan kurang daripada RM3,000

Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Gaji Akhir/Bersamaan + (Gaji Akhir/Bersamaan × 4%)

 

LANGKAH 2
Pengiraan pencen berdasarkan gaji akhir (Langkah 1) bagi dapatkan amaun pencen baharu mulai Disember 2024 menggunakan formula seperti berikut:

[1/600 × Gaji akhir bersamaan 2024 × tempoh perkhidmatan*] + PKKP**

 

Perhatian:

Jika tempoh perkhidmatan melebih 30 tahunpencen tertakluk 3/5 atau 60% daripada gaji akhir bersamaan 2024
** PKKP hanya terpakai bagi persaraan pada atau sebelum 31 Disember 2022 sahaja dan tertakluk kepada keputusan dan dasar Kerajaan dari semasa ke semasa.