Perubatan
Kemudahan perubatan bagi Perkhidmatan Awam adalah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perintah-perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974, pekeliling, surat pekeliling dan surat edaran, menetapkan bahawa pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan adalah layak diberi kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik Kerajaan.
Walau bagaimanapun, sekiranya kemudahan perubatan yang diperlukan oleh seseorang pegawai atau pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan atau ahli keluarga mereka yang berkelayakan tidak dapat diperolehi di hospital/klinik Kerajaan, kemudahan perubatan tersebut boleh diperolehi di hospital/klinik/agensi swasta atas tanggungan Kerajaan tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan sebagaimana ditetapkan dalam CERAIAN SR.2.1.1 Permohonan Perbelanjaan Bagi Kemudahan Perubatan.
Rujukan Perintah Am Bab F Tahun 1974 & MyPPSM SR.2.1.1
(https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Perubatan/12/)
Jenis Perkhidmatan:
- Awam Persekutuan – Kerajaan Persekutuan
- Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan/Awam Negeri – Jabatan Akhir
Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam Bilangan 1 tahun 2017 yang bersidang pada 17 April 2017 dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia (YAB PM) – memutuskan fungsi pengurusan kemudahan perubatan pesara awam persekutuan dan veteran berpencen serta ahli keluarga yang berkelayakan diserahkan dan diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pesara dan tanggungan yang layak:
- Pesara
- Pasangan (Isteri/Suami/Balu/Duda)
- Pasangan (Perkahwinan dalam Persaraan – hanya layak bagi tempoh 20 tahun daripada tarikh bersara)
- Anak*
- Ibu Bapa (kandung/tiri/angkat) yang sah
*Anak
berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih mendapat pendidikan, tidak melebihi peringkat Ijazah Pertama atau
tidak melebihi umur 26 tahun mana yang terdahulu.; atau anak kurang upaya disebabkan oleh kelemahan mental atau fizikal (had-had umur ini tidak akan dipakai)
Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah ‘anak’ akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.
Proses permohonan tuntutan kemudahan perubatan bergantung kepada jenis rawatan perubatan yang diterima oleh pesara. Berikut adalah Bahagian/Jabatan yang bertanggungjawab di dalam proses tuntutan kemudahan rawatan perubatan tersebut:
Kementerian Kesihatan Malaysia
- Tuntutan Rawatan Perubatan (selain rawatan Dialisis)
Rujuk kepada MyPPSM SR.2.1.1 bagi jenis kemudahan yang boleh dimohon (https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Perubatan/12/)
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP
- Permohonan Tuntutan Rawatan Dialisis
- Rujukan MyPPSM Ceraian SR.2.6.1
(https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Perubatan/79/)
Penyediaan surat pengesahan diri dan pengakuan Pesara bagi tujuan pemberian kemudahan perubatan kepada ibu bapa pesara yang sah dan layak.
Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengeluaran surat jaminan tersebut:
- Salinan Kad Pesara
- Salinan Kad Pengenalan Pesara
- Salinan Sijil Kelahiran Pesara
- Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa