Skip to main content

Perubatan - Senarai Borang

Perkhidmatan Utama

Senarai Borang Berkaitan

JPA.BP.UBAT.B04
(Pindaan 2024)

1.  Permohonan Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan

Muat Turun
Perubatan 1/09(T)

2.  Maklumat Tambahan Pemohon Bagi Permohonan Ubat/Alat/Perkhidmatan Perubatan/Rawatan

Muat Turun
Perubatan 2/09(T)

3.  Maklumat Tambahan Pemohon Bagi Permohonan Rawatan Kecemasan di Hospital/Klinik Swasta

Muat Turun
Perubatan 3/09(T)

4.  Maklumat Tambahan Pemohon Bagi Permohonan Rawatan Luar Negeri

Muat Turun

Perubatan

Baca selanjutnya: Perubatan - Senarai Borang

  • Hits: 4480

Perubatan - Pengenalan

Perkhidmatan Utama

Perubatan

Kemudahan perubatan bagi Perkhidmatan Awam adalah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perintah-perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974, pekeliling, surat pekeliling dan surat edaran, menetapkan bahawa pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan adalah layak diberi kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik Kerajaan.

Walau bagaimanapun, sekiranya kemudahan perubatan yang diperlukan oleh seseorang pegawai atau pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan atau ahli keluarga mereka yang berkelayakan tidak dapat diperolehi di hospital/klinik Kerajaan, kemudahan perubatan tersebut boleh diperolehi di hospital/klinik/agensi swasta atas tanggungan Kerajaan tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan sebagaimana ditetapkan dalam CERAIAN SR.2.1.1 Permohonan Perbelanjaan Bagi Kemudahan Perubatan.

Rujukan Perintah Am Bab F Tahun 1974 & MyPPSM SR.2.1.1
(https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Perubatan/12/)

  • A. Tuntutan Perubatan/Perjalanan

    Jenis Perkhidmatan: 

    • Awam Persekutuan – Kerajaan Persekutuan 
    • Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan/Awam Negeri – Jabatan Akhir

    Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam Bilangan 1 tahun 2017 yang bersidang pada 17 April 2017 dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia (YAB PM) – memutuskan fungsi pengurusan kemudahan perubatan pesara awam persekutuan dan veteran berpencen serta ahli keluarga yang berkelayakan diserahkan dan diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

  • B. Kelayakan Kemudahan Perubatan

    Pesara dan tanggungan yang layak:

    • Pesara
    • Pasangan (Isteri/Suami/Balu/Duda)
    • Pasangan (Perkahwinan dalam Persaraan – hanya layak bagi tempoh 20 tahun daripada tarikh bersara)
    • Anak* 
    • Ibu Bapa (kandung/tiri/angkat) yang sah

    *Anak

    berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih mendapat pendidikan, tidak melebihi peringkat Ijazah Pertama atau
    tidak melebihi umur 26 tahun mana yang terdahulu.; atau anak kurang upaya disebabkan oleh kelemahan mental atau fizikal (had-had umur ini tidak akan dipakai)

    Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah ‘anak’ akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.

  • C. Tuntutan Kemudahan Perubatan

    Proses permohonan tuntutan kemudahan perubatan bergantung kepada jenis rawatan perubatan yang diterima oleh pesara. Berikut adalah Bahagian/Jabatan yang bertanggungjawab di dalam proses tuntutan kemudahan rawatan perubatan tersebut:

    Kementerian Kesihatan Malaysia

    • Tuntutan Rawatan Perubatan (selain rawatan Dialisis)

    Rujuk kepada MyPPSM SR.2.1.1 bagi jenis kemudahan yang boleh dimohon (https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Perubatan/12/)

     

    Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP

    • Permohonan Tuntutan Rawatan Dialisis
  • D. Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pesara (GL/Surat Jaminan)

    Penyediaan surat pengesahan diri dan pengakuan Pesara bagi tujuan pemberian kemudahan perubatan kepada ibu bapa pesara yang sah dan layak. 

    Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengeluaran surat jaminan tersebut:

    • Salinan Kad Pesara
    • Salinan Kad Pengenalan Pesara
    • Salinan Sijil Kelahiran Pesara
    • Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa

Perubatan

Baca selanjutnya: Perubatan - Pengenalan

  • Hits: 9324