Perkhidmatan Utama : Pemberian Taraf Berpencen dan Percantuman Perkhidmatan Lepas
Pengenalan:
- Rujukan Seksyen 7 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 6 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun & Tempatan 1980 (Akta 239)
Pemberian Taraf Berpencen
Pemberian Taraf Berpencen bagi anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Melantik manakala bagi anggota awam badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Pencen sepertimana Seksyen 2 Akta 239. Perakuan pemberian taraf berpencen kepada pekerja yang memilih Skim Pencen hendaklah mengikut prosedur yang sedang berkuat kuasa. Borang Opsyen pekerja tersebut hendaklah dilampirkan semasa perakuan pemberian taraf berpencen.
Bagi memenuhi syarat pemberian taraf berpencen seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 6 Akta 239, tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira adalah mulai tarikh pelantikan pertama pekerja dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syarat-syarat mengenai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah undang-undang pencen.
- Rujukan Peraturan 5 & 6 di bawah Peraturan-peraturan Pencen 1980 dan Peraturan 4 & 5 di bawah Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun & Tempatan 1990
Percantuman Perkhidmatan Lepas (PPL)
PPL lepas ialah proses mengagregatkan tempoh perkhidmatan sekarang dengan tempoh perkhidmatan dahulu di agensi awam lain bagi membolehkan keseluruhan tempoh perkhidmatan tersebut dimasuk kira untuk tujuan pengiraan faedah di bawah undang-undang pencen.Tempoh perkhidmatan yang boleh dipertimbangkan untuk percantuman íalah seperti yang terkandung di dalam Peraturan 5, 6, 7 dan 8, PU(A) 176/80 bagi pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri atau Peraturan 4, 5, 6 dan 7, PU(A) 134/90 bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Tempoh Mengemukakan Borang dan Dokumen Pra-Persaraan
Bil. | Jenis Urusan | Tempoh Mengemukakan Borang dan Dokumen |
---|---|---|
a. | Pemberian Taraf Berpencen | Sebulan sebelum genapnya 3 tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira dengan syarat pekerja tidak memilih Skim KWSP dan telah disahkan jawatannya. |
b. | Percantuman Perkhidmatan Lepas | Tidak lewat tiga (3) bulan selepas diberikan taraf berpencen bagi jawatan kedua dan seterusnya. |