Prosedur Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kes Kematian Dalam Perkhidmatan
1. Tindakan oleh Balu/Duda/Anak/Waris
Jika berlaku kematian anggota/pekerja berpencen dalam perkhidmatan, balu/duda/anak/waris hendaklah mengambil tindakan berikut:
(i) Laporkan segera kepada Ketua Jabatan di mana anggota/pekerja bepencen berkhidmat dan mengemukakan satu(1) salinan dokumen-dokumen berikut:
-
-
-
- Sijil kematian;
- Sijil perkahwinan/pendaftaran perkahwinan;
- Kad pengenalan balu/duda;
- Muka surat Buku Bank / Penyata Akaun Semasa yang menunjukkan butir-butir pemilik dan nombor akaun bank;
- Sijil kelahiran dan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat(jika berkenaan);
- Sijil pengangkatan atau surat pengambilan dan pengesahan anak angkat (jika berkenaan);
- Kad pengenalan ibu/bapa anggota/pekerja yang meninggal dunia; dan
- Sijil kelahiran anggota/pekerja atau dokumen pengambilan anggota/pekerja sebagai anak angkat (sebagai bukti pertalian anggota dengan ibu/bapa.
-
-
(ii) Memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan.
2. Tindakan oleh Ketua Jabatan
Borang dan dokumen yang perlu disediakan oleh Ketua Jabatan untuk dikemukakan ke Bahagian Pencen dengan kadar yang segera.
Prosedur Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kes Kematian Dalam Persaraan
1. Tindakan oleh Balu/Duda/Anak
Jika berlaku kematian pesara, balu/duda/anak hendaklah mengambil tindakan berikut:
(i) Laporkan segera kepada Bahagian Pencen, JPA/KWAP dan mengemukakan satu(1) salinan dokumen-dokumen berikut:
-
-
-
- Sijil kematian;
- Sijil perkahwinan/pendaftaran perkahwinan;
- Kad pengenalan balu/duda;
- Muka surat Buku Bank / Penyata Akaun Semasa yang menunjukkan butir-butir pemilik dan nombor akaun bank;
- Sijil kelahiran dan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat(jika berkenaan);
- Sijil pengangkatan atau surat pengambilan dan pengesahan anak angkat (jika berkenaan);
-
-
(ii) Borang-borang berkenaan dan dokumen sokongan boleh dikemukakan melalui emel