Apakah itu skim KWSP?
Seseorang anggota yang dilantik mulai 12 April 1991 berhak untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum disahkan dalam jawatannya. Apabila seseorang anggota telah memilih Skim KWSP, faedah-faedah persaraan yang diperuntukkan dalam Akta Pencen 1980 dan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980, mana yang berkenaan, tidak terpakai ke atas anggota tersebut.
(Sumber : https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/PP/pencen/24/)