Skip to main content

Skim KWSP - Faedah Persaraan

Info Persaraan

FAEDAH PERSARAAN BAGI PENJAWAT AWAM YANG MEMILIH SKIM KWSP


Gantian Cuti Rehat (GCR)

Kerajaan telah bersetuju memanjangkan pemberian GCR kepada pegawai yang memilih Skim KWSP sebagai skim faedah persaraannya melalui opsyen mereka di bawah Seksyen 6A, Akta 227.

 

Syarat, Kaedah Dan Prosedur Pengumpulan Cuti Rehat Untuk Pemberian GCR Kepada Pegawai Yang Memilih Skim KWSP

Pengumpulan cuti rehat bagi tujuan pemberian GCR kepada pegawai yang memilih skim KWSP bermula pada 1 November 2004 dan syarat, kaedah serta prosedur pengumpulan Cuti Rehat adalah sama seperti yang telah ditetapkan di bawah Ceraian PP.1.2.1: Panduan Urusan Persaraan Pencen, dibaca bersama-sama Ceraian PP.1.3.1: Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR), untuk pegawai yang tertakluk kepada Skim Pencen. Walau bagaimanapun, Borang Kebenaran Pengumpulan Cuti Rehat adalah seperti di Lampiran PP.1.3.2(A) Ceraian ini dan Borang Kelulusan Pemberian GCR adalah seperti di Lampiran PP.1.3.2(B).

Pemberian GCR hanya boleh diluluskan berhubung dengan persaraan pegawai di bawah Subseksyen (5) atau (6) Seksyen 6A Akta 227 (yang terpakai bagi pegawai yang memilih Skim KWSP) atau kematian pegawai semasa dalam perkhidmatan. Ia tidak boleh diluluskan berhubung dengan cara penamatan perkhidmatan yang lain (termasuk peletakan jawatan atau dibuang kerja).

 

Pihak Yang Melulus Dan Membiayai Pemberian GCR Bagi Pegawai Yang Memilih Skim KWSP

Kelulusan dan pembiayaan pemberian GCR bagi pegawai yang memilih Skim KWSP dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Terakhir pegawai berkenaan.

(Sumber: https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/PP/pencen/188/ )

Kad Pesara

Contoh Kad Pesara Kerajaan

Jabatan Mengurus hendaklah mengemukakan Borang Maklumat Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (JPA.BP.KWSP.01) beserta dengan dokumen sokongan yang dinyatakan dalam borang tersebut bagi tujuan pemberian Kad Pesara.

Borang : Jabatan Mengurus boleh mencetak sendiri Borang Maklumat Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (JPA.BP.KWSP.01) untuk kegunaan masing- masing.

Pengesahan Salinan Dokumen : Salinan dokumen yang dikemukakan ke JPA hendaklah disahkan oleh Jabatan Mengurus atau pihak yang ditentukan dalam borang yang berkenaan.

Sebarang pertanyaan berhubung persaraan anggota yang memilih skim KWSP boleh diajukan kepada:

Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pencen,
Aras 5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA

(Sumber : https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/PP/pencen/100/)

Caruman Syer Kerajaan/Majikan

Bagi anggota yang memilih opsyen KWSP, faedah yang akan diterima olehpesara adalah pengeluaran jumlah caruman yang telah dicarum sepanjang perkhidmatan anggota dan majikannya serta beberapa faedah-faedah kewangan lain yang berkelayakan.

(Sumber : https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/PP/pencen/188/)