- APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?
- Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan
- BILA BERKUATKUASA?
- Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan telah di tambah baik dari masa ke semasa.
- BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?
- Pengumpulan cuti bagi tujuan Gantian Cuti rehat adalah mengikut Peraturan 21(1)Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.
- Jabatan/Pegawai boleh merujuk kepada Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk pemahaman lanjut. http://www.jpapencen.gov.my/gcr/BukuPanduanGCRVersi1.2021.pdf
- FORMULA PENGIRAAN
- Pengiraan Award Gantian Cuti Rehat adalah menggunakan formula berikut:
1/30 x [gaji akhir + imbuhan tetap] x jumlah cuti terkumpul.
- KELAYAKAN PEMBAYARAN GANTIAN CUTI REHAT?
- Pembayaran Award Gantian Cuti Rehat diberikan kepada pegawai Skim Pencen yang bersara dan pegawai Skim KWSP yang bersara paksa. Pegawai yang dibuang kerja atau meletakkan jawatan tidak layak menerima pembayaran Award Gantian Cuti Rehat.
- Pembayaran Gantian Cuti Rehat bagi pegawai-pegawai kontrak dilaksanakan oleh Jabatan masing-masing berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa. Maklumat lanjut boleh dirujuk di portal https://www.jpa.gov.my/component/tags/tag/elaun
Contoh Kad Pesara Kerajaan
Kad Pesara Kerajaan Malaysia dikeluarkan di bawah Seksyen 23, Peraturan-peraturan Pencen 1980 bagi pesara/penerima pencen Perkhidmatan Awam atau Seksyen 20, Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan bagi pesara/penerima pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.
Kad Pesara merupakan Pengenalan Diri bagi membolehkan pesara memperolehi kemudahan perubatan di Klinik/Hospital Kerajaan. Kemudahan Kad Pesara ini layak dinikmati oleh pesara/penerima pencen, juga kepada isteri/suami penerima pencen dan anak yang berumur bawah 18 tahun (yang belum berkahwin). Bagi anak cacat akal atau jasmani kekal yang tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur dikenakan.
Mereka yang menyalahguna Kad Pesara boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 24 Peraturan-peraturan Pencen 1980 atau Seksyen 21 Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.
Jika terdapat sebarang kerosakan atau kesilapan butiran di dalam kad pesara, sila hubungi pihak KWAP di talian 03-8887 8777 atau emelkan kepada
Kad Pesara ini hendaklah diserahkan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam apabila pemiliknya hilang kelayakan menerima pencen.
Bayaran yang dibuat setelah mengambilkira tempoh perkhidmatan anggota dalam perkhidmatan Kerajaan yang boleh dimasukira dan gaji akhir diterima oleh anggota di dalam perkhidmatan Kerajaan.
Formula pengiraan ganjaran perkhidmatan (sekali gus) ialah seperti berikut:
7.5% x Tempoh Perkhidmatan (bulan) x Gaji Pokok Akhir
Peruntukan untuk menyediakan pendapatan kepada penjawat awam yang apabila mereka tidak lagi mendapat pendapatan tetap dari pekerjaan.
Formula pengiraan pencen (bulanan) untuk tempoh bulan perkhidmatan kurang dari 360 bulan seperti berikut:
1/600 x Tempoh Perkhidmatan (bulan) x Gaji Pokok Akhir