PENGENALAN
Faedah Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang diberikan kepada orang tanggungan jika pegawai/pesara meninggal dunia.
TAFSIRAN
Seksyen 2, Perturan-Peraturan Pencen 1980 / Peraturan 2, Peraturan –Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990
- “balu” dan “duda” ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang pegawai/pekerja yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, ugama adat atau kelaziman.
Seksyen 2, Akta Pencen 1980 (Akta 227) / Peraturan 2, Peraturan –Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990
- “Anak” ertinya ialah anak seorang pegawai atau pesara yang mati iaitu anak di bawah umur 21 tahun dan masih belum berkahwin, termasuk :-
- anak kandung ;
- anak yang lahir selepas kematian pegawai ;
- anak tiri tanggungan ;
- anak tak sahtaraf ;
- anak angkat ;
Anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan tersebut atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan tersebut. - anak cacat
Anak yang tidak kira apa jua umurnya yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri serta kecacatan tersebut dialami sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
JENIS FAEDAH TERBITAN
Antara jenis-jenis faedah terbitan yang diperuntukan dalam undang-undang adalah seperti berikut:
Jenis |
Peruntukan |
Formula |
Tanggungan yang layak |
Ganjaran Terbitan Pemberian faedah yang dibayar sekaligus kepada tanggungan/ wakil yang sah disisi undang-undang pegawai/pekerja yang meninggal dunia dalam perkhidmatan
|
Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227); dan Seksyen 15 & 16, Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
|
7.5% x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji yang akhir diterima
|
Pembahagian syir:
(Bagi anggota/pekerja yang tidak mempunyai orang tanggungan, maka ganjaran boleh dibayar kepada wakil yang sah disisi undang-undang) |
Pencen Terbitan Pencen bulanan yang terbit disebabkan oleh kematian pegawai / pekerja/ pesara, yang dibayar kepada orang tanggungan pegawai/ pekerja/ pesara seperti mana yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Pencen yang berkaitan.
|
Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227); dan
|
1/600 x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji yang akhir diterima, tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga per lima daripada gaji yang akhir diterimanya; atau |
Dengan syarat bahawa hal bayaran kepada seseorang duda, pegawai perempuan yang mati itu mesti berada dalam perkhidmatan pada atau selepas 1hb Julai 1980.
Pembahagian syir:
|
Gantian Cuti Rehat (GCR) Faedah yang diberi bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan sehingga maksimum sebanyak 150 hari kepada pegawai berpencen yang meninggal dunia dalam perkhidmatan
|
Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980. |
1/30 x cuti rehat dikumpul x emolumen *
* gaji akhir termasuk imbuhan tetap
|
Pembahagian syir:
(Bagi anggota yang tidak mempunyai orang tanggungan, maka GCR boleh dibayar kepada wakil yang sah disisi undang-undang)
|
Ex-Gratia Terbitan Bayaran sekaligus kepada ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa kepada anggota berpencen yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau anak. Pemberian ini adalah sebagai tambahan kepada ganjaran terbitan atau caruman syer Kerajaan/majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau mana-mana kumpulan wang simpanan berserta faedah yang terakru.
|
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 |
1/20 atau 7.5% x tempoh perkhidmatan secara isyarat x gaji akhir pada tarikh kematian
TOLAK ganjaran terbitan yang telah dibayar atau caruman syer Kerajaan/majikan KWSP atau mana-mana kumpulan wang simpanan semasa perkhidmatan gemulah berserta faedah yang terakru, mana yang berkenaan
*Mengikut faktor pengiraan ganjaran terbitan yang terpakai untuk gemulah |
Ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa yang layak diberi ex-gratia terbitan adalah:
*Jika ibu dan bapa seperti di perenggan 5(i) atau (ii) di atas telah meninggal dunia sebelum pembayaran ex-gratia terbitan dibuat, maka pembayarannya boleh dibuat kepada wakil diri di sisi undang-undang gemulah ibu atau bapa itu.
|
Pencen Tanggungan Pemberian tambahan kepada pencen terbitan dan ganjaran terbitan kepada orang tanggungan seseorang pegawai /pekerja yang meninggal dunia dalam hal keadaan yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkaitan.
|
Seksyen 18, Akta Pencen 1980 (Akta 227); atau
|
Seperti yang diperuntukan di **Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencen 1980. |
*Balu dalam peraturan ini termasuk seorang duda dalam tanggungan yang hilangupaya secara kekal sama ada otak atau jasmani dan takupaya menanggung nafkahnya sendiri pada masa matinya pegawai perempuan itu.
|
**Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencen 1980:
BIL |
KETERANGAN |
BALU |
ANAK |
IBU / BAPA |
a. |
Jika layak dibayar kepada balu, anak dan ibu/bapa |
1/4 x gaji akhir |
1/24 x gaji akhir |
1/8 x gaji akhir |
b. |
Jika hanya layak dibayar kepada balu dan anak sahaja |
1/4 x gaji akhir |
1/24 x gaji akhir |
- |
c. |
Jika hanya layak dibayar kepada balu dan ibu/bapa sahaja |
1/4 x gaji akhir |
|
1/8 x gaji akhir |
d. |
Jika hanya layak dibayar kepada anak dan ibu/bapa |
- |
1/12 x gaji akhir |
1/4 x gaji akhir |
e. |
Jika hanya layak dibayar kepada ibu/bapa sahaja |
- |
- |
1/4 x gaji akhir |
f. |
Jika hanya layak dibayar kepada anak sahaja |
- |
1/12 x gaji akhir |
- |