Skip to main content

Skim Pencen - Sistem Pembayaran Pencen

Info Persaraan


Pembayaran Pencen Melalui Bank

Sistem bayaran ini melibatkan pesara/penerima pencen yang menetap di Malaysia di mana pencen adalah dibayar melalui akaun bank. Bagi kemudahan pesara/penerima pencen, tuntutan pencen boleh dibuat di mana-mana cawangan bank berkenaan.

Di bawah SPB, pencen adalah dibayar melalui dua skim, iaitu:

Untuk pesara yang mempunyai isteri/suami yang masih hidup yang dikahwini semasa dalam perkhidmatan.

untuk pesara/penerima pencen yang berikut:-

  1. pesara yang tidak mempunyai isteri/suami atau mempunyai isteri/ suami yang dikahwini setelah bersara;
  2. pesara wanita yang telah bersara sebelum 1.7.1980; dan
  • penerima pencen terbitan/pencen tanggungan.

 

Syarat-Syarat Di Bawah Skim A

  • Akaun perseorangan (simpanan atau akaun semasa) di mana-mana bank yang menyertai SPB.
  • Pencen dikreditkan terus ke dalam akaun bank setiap bulan.

 

Syarat-Syarat Di Bawah Skim B

  • Akaun perseorangan (simpanan atau akaun semasa) di mana-mana bank yang menyertai SPB.
  • Pesara/penerima pencen perlu menghadirkan diri di bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen.
  • Pencen akan dikreditkan ke dalam akaun sebaik sahaja borang tuntutan pencen disempurnakan.
  • Sekiranya pencen tidak dituntut untuk tempoh 6 bulan berturut-turut, amaun pencen itu akan dikembalikan semula kepada Bahagian Pencen JPA. Pesara/penerima pencen hendaklah menghubungi Bahagian Pencen JPA untuk membuat tuntutan pencen.
  • Bagi pesara/penerima yang uzur, Wakil Diri boleh dilantik untuk menandatangani borang tuntutan pencen di bank bagi pihaknya. Pengesahan doktor tentang keadaan kesihatan pesara/penerima pencen berkenaan hendaklah dikemukakan bagi mereka yang berumur kurang 70 tahun.
  • Permohonan pelantikan Wakil Diri hendaklah dibuat kepada Bahagian Pencen JPA melalui borang berkenaan dan adalah sah untuk tempoh satu tahun. Sebarang permohonan untuk memperbaharui pelantikan ini bagi tahun berikutnya boleh dibuat sekiranya didapati perlu.
Senarai Bank Yang Menyertai Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank

SKIM A DAN SKIM B

1. Bank Muamalat (M) Berhad

2. Malayan Banking Berhad (Maybank)

3. Bank Simpanan Nasional

4. Affin Bank Berhad

5. CIMB Bank Berhad

6. Bank Islam Malaysia Berhad

7. Public Bank Berhad

8. Alliance Bank Berhad

9. RHB Bank Berhad

10. HSBC Bank Malaysia Berhad

11. Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad

12. Hong Leong Bank Berhad

13. Agro Bank Berhad

14. AmBank (M) Berhad (Skim A sahaja)

15. United Overseas Bank (M) Berhad (Skim A sahaja)

16. Standard Chartered Bank (M) Berhad (Skim A sahaja)

Catatan :

1. Hanya akaun perseorangan sahaja dibenarkan

2. Penggunaan akaun CIMB Islamic untuk pembayaran di bawah Skim B adalah tidak dibenarkan