Skip to main content

Tanggungjawab JPA dan KWAP

Info Persaraan


Tanggungjawab JPA dan KWAP

1. Menentukan Prosedur Pembayaran

JPA dan KWAP bertanggungjawab untuk menentukan prosedur pembayaran faedah, termasuk kutipan baki hutang Kerajaan daripada pesara atau penerima pencen. Cara pembayaran faedah yang mengambil kira keadaan penerimanya ialah seperti di Jadual 1.

 

 Jadual 1
Cara Pembayaran Faedah

Bil. Jenis Faedah Cara Pembayaran
1. Pencen/Pencen Terbitan/ Elaun Bersara/Elaun bersara Terbitan/Pencen Hilang Upaya/Pencen Tanggungan. Electronic Funds Transfer (EFT)/Kredit terus/Waran.
2. Ganjaran / Ganjaran Terbitan. EFT/Cek/kredit terus.
3. Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat. EFT/Cek.

 

2. Menentukan Skim Bayaran

JPA dan KWAP bertanggungjawab menentukan jenis skim pembayaran pencen melalui bank bagi pesara dan penerima pencen seperti Jadual 2.

  Jadual 2
Skim Pembayaran Faedah Melalui Bank
 

Jenis Skim Kelayakan Jenis Akaun Bank

Skim A:

Kredit terus ke akaun

Pesara yang mempunyai suami/isteri yang masih hidup yang dikahwini dalam perkhidmatan. Akaun simpanan perseorangan/ akaun semasa perseorangan di bank yang
menyertai Skim Pembayaran Pencen Melalui Bank.

Skim B:

  • Kredit ke akaun bila pesara/penerima pencen hadir mengisi borang tuntutan pencen di Kaunter bank;
  • Bank memulangkan wang ke JPA jika pesara/penerima pencen tidak hadir di bank dalam
    tempoh 6 bulan.
  • Penerima pencen terbitan dan pencen tanggungan; atau
  • Pesara bujang; atau
  • Pesara yang kematian suami/ isteri; atau
  • Pesara mempunyai suami/isteri yang dikahwini dalam persaraan.
Skim A Berwakil
  • Penerima pencen terbitan dan pencen tanggungan; atau
  • Pesara yang kematian suami/isteri; atau
  • Pesara mempunyai suami/isteri yang dikahwini dalam persaraan
Pencen boleh dikredit terus ke dalam akaun bank perseorangan seperti dinyatakan di atas melalui
pelantikan wakil.
Akaun simpanan perseorangan/ akaun semasa perseorangan/ akaun bersama di bank yang menyertai Skim Pembayaran Pencen Melalui Bank.
Skim B & Wakil Diri Wakil yang dilantik oleh pesara/ penerima pencen Skim B yang uzur. Akaun simpanan perseorangan/ akaun semasa perseorangan/ akaun bersama di bank yang menyertai Skim Pembayaran Pencen Melalui Bank.