Tanggungjawab Agensi Lain Yang Berkaitan
1. Memberi Penyata dan Arahan Kutipan Balik
Agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (sebelum ini merupakan Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia) dan KWSP atau agensi yang seumpamanya, bertanggungjawab menyediakan penyata yang tepat berkenaan dengan akaun anggota untuk membolehkan kutipan balik, sekiranya ada, jumlah yang masih terhutang kepada Kerajaan daripada faedah yang diluluskan.