Mulai 1 November 2015, Kerajaan melalui JPA telah melantik Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) - KWAP sebagai agen bagi menguruskan hal ehwal persaraan bagi Kerajaan Melaysia. Susulan daripada keputusan Kerajaan tersebut, sebahagian urusan pengoperasian pengurusan pencen yang dahulunya dilaksanakan oleh JPA telah dipindahkan ke KWAP.
JPA bertanggungjawab memberi pertimbangan ke atas perakuan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) kepada pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Seksyen 6 Akta 239.
2. Melulus Percantuman Perkhidmatan Lepas (PPL)
JPA bertanggungjawab memberi pertimbangan ke atas permohonan percantuman perkhidmatan lepas yang dikemukakan oleh anggota di bawah undang-undang pencen.
3. Meluluskan permohonan persaraan dan faedah di bawah Undang-undang Pencen
JPA bertanggungjawab meluluskan permohonan persaraan dan permohonan faedah di bawah Undang-undang Pencen kepada bakal pesara yang layak.
KWAP bertanggungjawab untuk memproses permohonan persaraan dan permohonan faedah di bawah Undang-undang Pencen yang diterima daripada Jabatan Mengurus. Seterusnya KWAP akan membuat pembayaran kepada pesara yang diluluskan faedah di bawah Undang-undang Pencen oleh JPA.
2. Menghitung Semula Faedah
KWAP bertanggungjawab untuk menghitung semula faedah yang telah dibayar sekiranya berlaku perubahan tempoh perkhidmatan yang dimasuk kira dan / atau perubahan gaji yang akhir diterima sepertimana dimaklumkan oleh Jabatan Mengurus.
JPA dan KWAP bertanggungjawab untuk menentukan prosedur pembayaran faedah, termasuk kutipan baki hutang Kerajaan daripada pesara atau penerima pencen. Cara pembayaran faedah yang mengambil kira keadaan penerimanya ialah seperti di Jadual 1.
Agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (sebelum ini merupakan Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia) dan KWSP atau agensi yang seumpamanya, bertanggungjawab menyediakan penyata yang tepat berkenaan dengan akaun anggota untuk membolehkan kutipan balik, sekiranya ada, jumlah yang masih terhutang kepada Kerajaan daripada faedah yang diluluskan.